Friday, November 2, 2012

Laksa Johor Mak Mai



Laksa (ikut suka banyak mana nak di makan)

Bahan A
  • 4 ekor tenggiri - rebus amek isi
  • 1 ekor ikan parang - rebus amek isi
  • 1 kilo udang hidup - rebus guna air ikan
  • sedikit belacan
SEMUA di atas blend sekali


Bahan B

  • 40 biji bawang kecil
  • 15 biji bawang putih
  • 16 batang serai
  • 1 inchi halia yang gemuk
  • 2 inci lengkuas
SEMUA di atas juga di blend sekali

  • 1 paket kerisik
  • 3 bungkus rempah kari ikan
  • 4 kotak santan
  • 10 keping asam keping
  • garam
  • sedikit gula melaka
  • sedikit ikan kering kurau - bakar dan blend
Hiasan :-

  • taugeh mentah
  • timun hiris bulat kemudian hiris panjang
  • bawang besar hiris bulat
  • daun selasih, kesum - hiris
  • sambal belacan
  • limau kasturi

Caranya Pula :-

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan B
  3. Masukkan bahan A
  4. Selepas itu masukkan pula rempah kari
  5. Seterusnya masukkan santan , air agak2
  6. Rasakan hingga sedap dengan garam dan gula melaka
  7. Juga ikan kurau masin
  8. Elok pekat padam api
  9. Tuangkan atas laksa dan hiaskan dengan hiasan di atas
  10. Hidangkanlah

No comments:

Post a Comment