Wednesday, October 24, 2012

Sambal Goreng Kambing







Bahan-bahannya  :-

1 kg  Daging Kambing (nak lebih pun boleh)
Bawang Besar - di hiris
Bawang Putih  -  di hiris
Lada Merah    -  di hiris
Lada Hijau      -  di hiris
Cili boh   Ikut suka kalau suka pedas taro lebih
               boleh jugak ditumbuk sekali dgn belacan dan kunyit
Air Asam
Santan
Garam
Gula

Caranya  :-


  • Rebuslah daging kambing yg telah dihiris sederhana tipis selebar 1 inci sehingga empuk
  • Setelah empuk, masukkan semua bahan hiris dan gaul rata sehingga bawang besar layu
  • Sesudah itu masukkan paste cili boh dan gaul rata
  • Kemudian masukkan air asam
  • Lepas itu santan...gaul lagi 
  • Akhir sekali garam dan gula
  • Rasa sedapnya dah cantik rupa tutup api dan hidanglah

Lodeh Ku






Bahan-bahan :-


bawang besar (blend)
bawang putih (blend)
udang kering (rendam pastu blend)
lada hijau (hiris)
lada merah (hiris)
lengkuas (titik)
serai sebatang (titik)
chicken cube (kalau suka)
sedikit ayam
sayuran (tahu, carrot, kacang panjang, tempe)
santan (boleh jugak blend dgn kunyit hidup)
secubit garam
garam


Cara-cara :_

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih
2. Masukkan udang kering
3. Pastu serai, lengkuas
4. Sesudah itu masukkan pula garam, chicken cube dan ayam
5. Masukkan pula santan, kacau
6. Last masukkan segala sayur-sayuran
7. Rasa dan bila kepekatan lauk lodeh cantik kira siaplah tu

Pancake







Bahan-bahannya :-

4  biji telur
3  senduk nasi (kecil) gula pasir
2  sudu besar susu Nespray
3  sudu besar susu cair
3  sudu besar penuh butter
1  sudu teh vanilla
3  sudu teh baking powder
tepung gandum (tengok kepekatan adunan)
air suam


Caranya  :-


  1. Pukul telur dengan gula pasir sehingga hancur gulanya
  2. Masukkan pula butter dan pukul lagi
  3. Selepas itu susu Nespray pula 
  4. Kacau selalu untuk mendapatkan adunan yang halus
  5. Diikuti pula dengan esen vanilla dan kacau lagi
  6. Kemudian susu cair pula dimasukkan
  7. Seterusnya selang selikan air suam dengan tepung gandum ke dalam adunan
  8. Kacau dan dapatkan tekstur yang tidak terlalu pekat dan tidak pula terlalu cair
  9. Akhir sekali masukkan baking powder 
  10. Masaklah atas pan fryer atau kuali mungkum yang kecil 
  11. Jangan lupa panaskan sedikit butter terlebih dahulu ye....